Enapan

Hanya batu enapan yang terbentuk pada suatu jangka masa dahulu mengandungi petroleum. Ahli saintis merujuk kepada fosil dan debunga yang terperangkap dalam batu untuk menentukan umur batu tersebut. Petroleum dihasilkan dengan banyak 23 juta tahun dahulu.

Apakah itu fosil?
Fossil adalah sisa-sisa tumbuhan dan haiwan yang diawetkan. Tanpa fosil, kita tidak akan mengetahui tentang tumbuhan dan haiwan purba.
 
Dimanakah enapan organik terkumpul dan diawetkan?
Kawasan seperti tepi pantai yang tidak menerima banyak oksigen dan membolehkan bahan organik ditanam tanpa gangguan bakteria merupakan kawasan yang baik untuk enapan organik.
 
Mengapa ahli geologi petroleum berminat dalam enapan?
Batu enapan yang mengambil berjuta-juta tahun untuk membentuk mengandungi petroleum. Apabila serpihan batu berkumpul menjadi lapisan, sisa tumbuhan mikroskopik dan haiwan terperangkap dalam enapan. Kemudian ia akan mengalami tekanan dan haba. Proses ini menghasilkan petroleum.
 
Bagaimana batu membentuk batu?
Angin dan hujan menghakis kerak bumi. Batu-bata terhakis akan menetap di kawasan tanah rendah dan tepi pantai. Enapan yang membentuk lapisan ini dipanggil strata. Batu enapan terbentuk apabila strata dimampatkan.
 
Dimanakah enapan terkumpul?
Lapisan batu basin enapan mengandungi petroleum. Kebanyakannya terkumpul di kawasan tepi pantai dan pentas. Kawasan-kawasan ini kaya dengan hidupan laut dan enapan dari sungai. Kebanyakan basin enapan adalah 25 juta tahun. Basin enapan tertua adalah 40 juta tahun.
 
Mengapa sesetengah kawasan tepi pantai kaya dengan petroleum?
Pada suatu masa dahulu, paras laut bumi adalah lebih rendah. Tasik dan laut cetek telah mengumpul enapan yang kaya dengan bahan organik yang membentuk petroleum sekarang.
 
Mengapa batu-bata enapan penting bagi pembentukan petroleum?
Ia merupakan punca petroleum kerana bahan organik yang terperangkap di dalamnya membentuk petroleum.
 
Petroleum dicari dengan merujuk batu-bata
Dari masa ke masa, batu yang kelihatan keras bertukar. Setiap hari, batu-bata dihakis oleh angin, hujan dan haba. Berjuta-juta tahun dahulu serpihan batu lama membentuk batu baru dalam proses batu. Ahli geologi dapat mengetahui bagaimana dan dimana batu tersebut dibentuk dengan mengkajinya. Ira batu merupakan cara yang paling mudah untuk mengenal batu tersebut. Ira batu menolong ahli geologi menghuraikan maklumat tentang batu tersebut. Ira batu ditentukan melalui saiz dan susunan partikel.
Batu-bata yang kaya dengan tenaga
1200 meter tepi pantai di permukaan bawah laut, batu pasir dijumpai dalam basin petroleum. 25 juta tahun dahulu, semasa serpihan kuarza dan mineral-mineral lain dihakis dari batu-bata besar, ia dibawa ke tasik, sungai dan laut. Maka batu pasir terbentuk. Minyak yang terperangkap dalam batu-bata ini dibentuk dari batu yang mungkin terletak lebih mendalam dalam laut. Sisa-sisa tumbuhan dan haiwan dari punca batu ini ditanam bersama dengan partikel-partikel batu dan terperangkap dalam batu yang baru dibentuk. Dari masa, bahan organik yang tertanam akan bertukar menjadi petroleum kerana terdedah kepada haba dan tekanan. Minyak akan naik ke atas ke dalam kawasan petroleum batu pasir. Kerang purba organisma laut membentuk batu kapur. Batu kapur berasal dari kawasan gas asli yang terletak 2000 meter di permukaan bawah laut. 20 juta tahun dahulu lapisan kerang purba yang dimampatkan membentuk batu kapur.