 |
 |
 |
 |
 |
8:42pm - on - November 25th, 2009 |
 |
 |
|


 |
|
 |
 |
 |
Language: English | Spanish | Malay | Chinese
Komunikasi bukan sahaja kunci terhadap dunia kini, ia adalah suatu faktor utama untuk sesiapa yang ingin berjaya di mata komuniti. Komunikasi secara oral sungguh penting.
Komunikasi melalui syarahan adalah satu-satu jenis komunikasi yang efektif kerana ia dapat mengambil hati serta imaginasi penonton-penonton.
Syarahan dapat menguasai para penonton dengan isu-isu yang menarik perhatian mereka. Dalam dunia politiks, ia menjadi suatu medium untuk pihak kerajaan atau penduduk meluahkan perasaan serta polisi-polisi yang terbenam di hati. Syarahan yang meransangkan akan dapat membentuk masa depan orangramai.
Format syarahan meliputi faktor-faktor berikut: topik, organisasi, bukti, cara penulisan syarahan dan presentasi syarahan.
Pilihan topik syarahan mestilah tepat kepada rasa hati para penonton. Organisasi syarahan mesti menarik perhatian para penonton.
Penggunaan bukti adalah sesuatu yang amat penting kerana tanpa bukti, syarahan yang diucapkan adalah seperti tin kosong.
Penulisan syarahan mestilah mengikuti penggunaan tatabahasa yang tepat serta pilihan ayat dan bahasa mesti dapat memberi ransangan kepada pendengar.
Presentasi syarahan - cara-cara seseorang berdiri, jenis pakaian yang di pilih serta kegunaan isyarat-isyarat tangan dan perasaan semasa syarahan disampaikan adalah faktor-faktor yang perlu diberi perhatian.
Sampai sinilah pengenalan terhadap topik oral komunikasi serta syarahan. Selanjutnya, infomasi akan diberi dalam bahasa Inggeris sahaja.
|
 |
 |
|
 |
 |